KESELAMATAN LADANG




 Image result for LADANG SAWIT


1.         Menjaga keselamatan estate bukannya mudah. Ia memerlukan perancangan yang teliti, dan staf yang berkualiti. Ancaman keselamatan kampus unik. Ia berbeza dengan industri lain kerana ancaman pelajar dari pelbagai kaum dan negara, dan lokasi di mana kampus itu berada. Ancaman kampus di Kuala Lumpur dan di Kota Bharu juga berbeza.

2.         Staf yang diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan hendaklah dibuat melalui pemilihan yang teliti. Menggunakan Pengawal Keselamatan dari syarikat keselamatan, ia akan memberi kesan yang berbeza. Biasanya, pengawal ini sendiri yang akan menyebabkan masalah.

3.         Salah satu ancaman yang agak sulit ialah beberapa staf sendiri yang tidak sukakan staf keselamatan . Perkara ini berlaku biasanya kerana mereka sendiri tidak memahami fungsi keselamatan ladang. Bagi menghadapi isu begini, setiap peringkat mesti faham dengan keadaan ini dan langkah yang perlu dibuat untuk membaiki keadaan. Ini adalah perkara biasa di setiap organisasi.

4.         Kempen keselamatan yang berterusan mesti dilaksanakan oleh pejabat keselamatan supaya setiap individu di dalam ladang akan bersama-sama menjaga keselamatan nyawa, harta sendiri dan harta syarikat. Antara strategi kempen ini ialah:

a.         Sentiasa memberi maklumat setiap kejadian di dalam internet.
b.         Sentiasa memberi ingatan keselamatan terutama sebelum cuti panjang, kemarau, jerebu, kejadian ragut, denggi dan sebagainya.
c.         Mengambil tindakan segera bagi setiap laporan dan memberi maklumbalas kepada pengadu segera.
d.         Menyediakan laporan keselamatan untuk ketua dan seluruh unit operasi.
e.         Memaklumkan semua sebelum melakukan operasi pemeriksaan kenderaan, pejabat, pelawat dan lain-lain.
f.          Mengadakan kawad kecemasan sekerap mungkin. Pertama untuk pengawal, kedua melibatkan semua staf.

Kempen keselamatan tidak bermakna aktiviti yang dibuat sekali dalam setahun. Setiap aktiviti akan menyumbang kepada perubahan sikap orang ramai terhadap keselamatan. Setiap aktiviti ibarat iklan yang tidak pernah putus.

5.         Latihan dan Taklimat. Latihan perlu dilaksanakan secara berterusan, manakala taklimat dibuat setiap hari. Jika tidak, taklimat ini boleh dibuat secara bertulis supaya setiap pengawal tahu apa yang sedang berlaku.

6.         Kesihatan. Setiap staf keselamatan hendaklah sihat. Punca penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis, buah pinggang dan gout hendaklah dikenalpasti dan dijauhkan. Pengawal yang sihat adalah pengawal cemerlang.



7.         Setiap Pengawal Keselamatan sepatutnya boleh berbahasa Inggeris. Ia bermanfaat untuk diri sendiri dan juga imej keselamatan. Pembelajaran bahasa ini mesti dibuat secara ‘paksa’. Contohnya ialah menggunakan beberapa perkataan Inggeris dalam arahan dan sebagainya. Perkataan presiden ialah perkataan Inggeris, tapi semua orang faham.  Begitu juga Touch n Go, petrol, security, post, gate dan banyak lagi. Apabila kita selalu menggunakan ayat Inggeris, tahap keyakinan kita akan meningkat.

8.         Setiap individu keselamatan mesti sedar bahawa mereka diperhati setiap hari dan setiap waktu. Oleh itu setiap keputusan dan setiap tindakan hendaklah dibuat dengan berhati-hati. Unsur jujur dan ikhlas amat penting kerana hanya dengan itu seseorang akan mudah untuk memberi maklum balas dan mendapat perasaan puas hati dalam pekerjaannya. Setiap prefesion mempunyai risikonya sendiri [occupational hazard].

9.         Ilmu Pengetahuan tentang tugas dan tentang ladang amat penting dikemaskini. Pelawat mengharap pengawal yang boleh memberi jawapan apabila ditanya. Pejabat Keselamatan perlu tahu semua aktiviti dalam ladang supaya pengawal tidak terpinga-pinga apabila ditanya. Pengawal perlu tahu nama Pengurusan atasan, nama pengurusan, wawasan organisasi, lokasi blok, stor jentera, laluan kecemasan, dan banyak lagi.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SOLAWAT

PERANAN UTAMA PENGAWAL KESELAMATAN

CONTOH LAPORAN BIASA