Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2023

KESELAMATAN FIZIKAL

Keselamatan Fizikal Keselamatan    fizikal    ialah    sebarang    tindakan    yang    memastikan keselamatan  bangunan,  premis atau tempat, termasuk yang digunakan bagi mengurus perkara-perkara terperingkat dan sensitif supaya sentiasa dalam keadaan selamat. Urusan   keselamatan   fizikal   di    unit operasi  dikawalselia   oleh    Pegawai Keselamatan  unit operasi (SAS)  yang  melapor  terus  kepada  Penyelia Keselamatan dan pengurus unit operasi seterusnya kepada pengurus. 2.Insiden Dan Ancaman Keselamatan Fizikal Insiden keselamatan boleh didefinisikan sebagai musibah (adverse event) yang berlaku ke atas manusia, harta benda atau maklumat serta   ancaman   kemungkinan   berlaku   kejadian   tersebut.    Ia merupakan  suatu  perbuatan yang  melanggar dasar  keselamatan yang telah ditetapkan secara tersurat atau tersirat. Insiden keselamatan ialah keadaan di mana berlakunya kehilangan harta  benda  atau  maklumat  yang  berpunca  daripada  ancaman keselamatan  fizikal  /  pencerobo

4 TIP

Imej
4 TIPS MEMBINA '1ST IMPRESSION' YANG BAIK  1 - Datang awal, dan jangan lewat temujanji - Impak yang tinggi ! 2 - Cara berpakaian. Adakah anda betul-betul bersedia? Serius? insya Allah ia mampu merubah keputusan perbincangan anda 3 - Cara anda bercakap - adakah percakapan anda JELAS? Fokus dan YAKIN? pandang mata mereka? 4 - Bahasa badan anda. Adakah anda cukup tidur? lemah, ada ENERGY? ia akan menunjukkan anda berminat atau sebaliknya dengan perbincangan. Terima Kasih dan jangan lupa SHARE kan ya. #KomunikasiBerpengaruh

SELAMAT HARI PEKERJA

Imej
Sejak dahulu, saya selalu mengatakan bahawa kita bekerja dan berusaha yang terbaik bukan untuk majikan, bos, atau siapa-siapa. Walaupun pekerjaan tersebut bukan kepunyaan kita atau tugas yang tidak sesuai dengan "job scope" kita, kita tetap berusaha dengan sungguh-sungguh untuk kebaikkan diri sendiri. Ini kerana, kita yang akan mendapat pengalaman, kenalan, dan pembelajaran dari pekerjaan yang kita lakukan itu. Yang terbaiknya ialah kita sebenarnya sedang membina masa depan kita dengan cara yang kita sendiri tanpa sedar. Bayangkan jika kita hanya membuat pekerjaan dengan cara yang biasa-biasa sahaja, masa depan kita juga hanya akan menjadi biasa-biasa sahaja. Selamat Menyambut Hari Pekerja! Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana mempunyai pasukan yang menyokong dan sentiasa berada di belakang saya.😇 #selamathariburuh #sksb #haripekerja