Pendaftaran Kelayakan Kemahiran Malaysia
Pendaftaran Kelayakan Kemahiran Malaysia Kelayakan kemahiran yang disenaraikan ini adalah terletak di bawah kawal selia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Proses penilaian dan pentauliahan adalah di bawah tanggungjawab JPK sepenuhnya mengikut peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) serta peraturan di bawahnya. Kelayakan kemahiran yang ditauliahkan oleh JPK dan didaftar adalah selaras dengan penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679). Untuk mendapatkan senarai penuh kelayakan kemahiran yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, sila ke pautan yang disediakan di bawah;