Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

MAKSUD KESELAMATAN

Maksud Keselamatan . Secara ringkasnya keselamatan bermaksud perasaan selamat, bebas dari  ketakutan,bebas dari perasaan tidak    menentu, bahaya, ancaman, keraguan atau kesangsian. Keselamatan juga  adalah keadaan yang memberi ketenangan atau ketenteraman. Ada yang mengatakan keselamatan ialah rasa   selamat dan nampak selamat. Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat  Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di  bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa;  dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk  mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari  ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain  denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah

PENYIASATAN

PENYIASATAN Bukan semua kejadian memerlukan penyiasatan rasmi. Kes seperti “dilaporkan, dijumpai, dikesan” atau “disyaki”, perlu dibuat siasatan awal segera sebelum dibawa kepada pihak atasan atau polis. Kes kecemasan  seperti orang memecah masuk pejabat dan lari, kebakaran dan lain-lainnya harus dikendali menurut  kesesuaian. Tujuan Tujuan tindakan / siasatan awal ialah untuk :- a.        Memberi kepuasan dan kepercayaan kepada pengadu (pelanggan).   b.       Memastikan apa sebenarnya telah atau sedang berlaku dan mengambil tindakan sewajarnya dengan segera.   c.        Mengatur kawalan segera supaya keterangan atau barang bukti tidak diubah atau dirosakkan sebelum ketibaan ketua/ polis. Siasatan Awal Siasatan ialah memeriksa dan menyoal secara ringkas untuk dapatkan fakta setepat mungkin mengenai sesuatu kejadian. Matlamat siasatan ialah untuk mengetahui dengan tepat keseluruhan ‘cerita’,

KESELAMATAN LADANG

Imej
  1.          Menjaga keselamatan estate bukannya mudah. Ia memerlukan perancangan yang teliti, dan staf yang berkualiti. Ancaman keselamatan kampus unik. Ia berbeza dengan industri lain kerana ancaman pelajar dari pelbagai kaum dan negara, dan lokasi di mana kampus itu berada. Ancaman kampus di Kuala Lumpur dan di Kota Bharu juga berbeza. 2.          Staf yang diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan hendaklah dibuat melalui pemilihan yang teliti. Menggunakan Pengawal Keselamatan dari syarikat keselamatan, ia akan memberi kesan yang berbeza. Biasanya, pengawal ini sendiri yang akan menyebabkan masalah. 3.          Salah satu ancaman yang agak sulit ialah beberapa staf sendiri yang tidak sukakan staf keselamatan . Perkara ini berlaku biasanya kerana mereka sendiri tidak memahami fungsi keselamatan ladang. Bagi menghadapi isu begini, setiap peringkat mesti faham dengan keadaan ini dan langkah yang perlu dibuat untuk membaiki keadaan. Ini adalah perkara biasa di

PERANAN UTAMA PENGAWAL KESELAMATAN

Imej
  Peranan utama pengawal ialah menjaga harta dan nyawa. Di samping   itu mereka membantu menaikkan imej organisasi kepada pelanggan dan memberi keselesaan kepada pekerja & majikan supaya dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Ini adalah satu peranan yang besar berbanding pulangan yang mereka perolehi. Tugas Utama /Hakiki a.     Mengawal sesuatu kawasan/bangunan dari diceroboh.   b.     Mengawal pelanggan yang berurusan supaya mematuhi prosedur yang ditetapkan.   c.     Mengatasi atau menyelesaikan masalah/keadaan huru hara.   d.     Meronda dari masa ke masa dan lapor kepada Pegawai keadaan yang perlu diperbetulkan atau yang mencurigakan.   e.     Menentukan sistem penggera dan sistem CCTV berfungsi.   f.     Mengambil tindakan awal semasa kecemasan..   g.     Melaksanakan tugas-tugas yang sah yang diarahkan oleh Pegawai dan tidak menjejaskan tugas utama iaitu mengawal keselamatan. Tugas sekunder a.     Mengawal trafik   b.      Menasihat