Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

Sebab Berlaku Pecah Rumah

Sebab Berlaku Pecah Rumah -------------------------------- 1. Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong. 2. Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing. 3. Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar. 4. Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan. 5. Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya. Cara Pencegahan ------------------ * Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda. * Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan. * Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah. * Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak. *

Latihan Kerjasama Di Dalam Keselamatan

Imej
Latihan begini membentuk karakter dalam sebuah kumpulan dan antara intipati dari aktiviti begini adalah. 1. Membentuk sikap leadership dikalangan anggota keselamatan. 2. Menyatukan cara bertindak sesama anggota. 3. Menyelaras keperluan keperluan yang diperlukan dalam kerja berpasukan. 4. Memupuk semangat setia kawan. Yang lemah dibimbing oleh yang kuat. Karakter leadership boleh ditonjolkan dalam aktiviti begini dan menjadi salah satu budaya dalam kekuatan pre - strike dan menguatkan langkah langkah pencegahan sebelum berlaku ancaman. Orang luar akan berfikir bagaimana kita bersatu untuk mengerakkan anggota ke arah matalamat yang sama. Semua orang akan memberi sumbangan untuk menjadikan ia realiti dalam kelompok keselamatan yang berdikari.

Tugas Rondaan yang berkesan dan Bertujuan

Imej
Peta Rondaan Apabila pengawal meronda, salah satu benda yang mereka akan nampak ialah motorsikal yang diletakkan merata tempat. mahu BERI AMARAN PERTAMA. Tak payahlah. sebab semua orang sudah tahu ini bukan sahaja salah, tetapi memang tak patut letak motorsikal merata tempat. Contoh! # Laluan disyaki digunakan oleh pencuri. # Kesan kecurian. Mengapa? Halang laluan pejalan kaki atau laluan orang buta. Halang laluan kecemasan terutama untuk pihak bomba bertindak. Memudahkan kerja pencuri. Apa nak buat jika empunya motorsikal datang merayu. Jawab dengan sopan, maaf encik saya menjalankan amanah orang ramai dan menjalankan tugas saya. Jika kita beri amaran atau ampunkan beliau, sampai bila pun masalah ini tidak akan selesai. Meronda dengan efektif bermaksud melaksanakan semua tugas keselamatan dalam satu masa. Menentukan keseluruhan keadaan dalam keadaan selamat. Yang paling mustahak adalah kehadiran kita memberi keyakinan dan mengurangkan produktiviti penjenayah. 1. Bersedia fi

CARA MEMBUAT LAPORAN POLIS

CARA MEMBUAT LAPORAN POLIS Mengikut Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah, apabila pengaduan atau repot dibuat kepada seorang Ketua Polis Balai (KPB) berkenaan kejadian sesuatu kesalahan, KPB itu atau pun pegawai polis lain di bawah arahannya hendaklah menulis maklumat itu dan setelah menulis hendaklah dibaca semula kepada pengadu. Setiap pengaduan hendaklah ditulis dalam buku laporan yang disimpan oleh KPB dan hendaklah ditulis tarikh dan waktu aduan dibuat, samada diberi dengan tulisan atau percakapan. Setelah menulis pengaduan itu dikehendaki ditandatangan oleh pemberinya atau pengadu. Bagaimana? Pengaduan boleh dibuat melalui dua cara, iaitu : Pengaduan boleh dibuat secara lisan dan ditulis oleh anggota polis yang menerima pengaduan. Pengadu menulis sendiri aduannya dalam borang Pol. 55 Pengaduan boleh dibuat di mana-mana balai polis, walaupun kejadian berlaku diluar kawasan balai berkenaan (termasuk kes Trafik). Menulis sendiri repot Borang Pol. 55 boleh didapati secara