Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2020

JANGAN TERKEJUT

Jangan terkejut, ada orang perangai buruk tapi sikap amat positif. Bos pula suka dia. Dia ni apa saja bos suruh, semua dia boleh buat. Datang kerja hari Sabtu ke Ahad ke semua dia OK. Suruh datang rumah pun dia OK. Maknanya, sikap dia terlalu terpuji. Dia ni betul-betul setia.  Dan jangan terkejut, orang ini akan naik pangkat dulu! Ringkasnya, semua tiga perkara di atas itu berkait rapat. Lemah satu, lemah semuanya. Tapi paling kuasa ialah sikap. Kalau yang lain-lain tu kita mcm biasa saja, sikap yang positif tetap akan beri kita masa depan yang cerah. Sebab apa? Sebab kita pun pernah terfikir...dia tu tak lah cerdik sangat. Atau dia tu macam standard aku jer. Jadinya, fikir-fikirkan lah macam mana hendak maju dalam kerjaya tuan-tuan. Tidak kiralah tuan ini Pengurus kah, Pegawai kah, Kerani kah atau hanya seorang Pengawal Keselamatan. Ingat Sikap, Kerja dan Perangai!  [Attitude, competency & behaviour] .