Memakai helmet (topi keledar) semasa menunggang motosikal adalah perkara wajib bagi penunggang motosikal di Malaysia. Undang-undang mewajibkan pemakaian helmet telah dikuatkuasakan pada awal tahun 70an. Ada juga negara yang tidak mewajibkan pemakaian helmet semasa menunggang (mungkin kepala diaorang keras kot). Keras macam mana pun, helmet adalah pelindung utama jika berlaku kemalangan. Gambar Hiasan Setiap negara mempunyai standard piawaian keselamatannya yang tersendiri. Di Malaysia, setiap helmet perlu mempunyai kelulusan dan pengesahan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) bagi memastikan helmet tersebut memenuhi piawaian keselamatan yang telah ditetapkan. Spesifikasi yang digunakan oleh SIRIM ialah MS 1-1:2011 Protective Helmets and Visors For Vehicle Users. Standard ini adalah yang baru menggantikan standard yang lama iaitu MS 1:1998 (pindaan daripada MS 1:1996). Di negara lain pula, standard piawaian yang ada ialah AS/NZ 1698 (Aust/New Zea...