PENYIASATAN
PENYIASATAN
Bukan
semua kejadian memerlukan penyiasatan rasmi. Kes seperti “dilaporkan, dijumpai,
dikesan” atau
“disyaki”, perlu dibuat siasatan awal segera sebelum dibawa
kepada pihak atasan atau polis. Kes kecemasan
seperti orang memecah masuk
pejabat dan lari, kebakaran dan lain-lainnya harus dikendali menurut
kesesuaian.
Tujuan
Tujuan
tindakan / siasatan awal ialah untuk :-
a.
Memberi kepuasan dan
kepercayaan kepada pengadu (pelanggan).
b. Memastikan apa sebenarnya telah atau sedang
berlaku dan mengambil tindakan sewajarnya dengan segera.
c. Mengatur kawalan segera supaya keterangan
atau barang bukti tidak diubah atau dirosakkan sebelum ketibaan ketua/ polis.
Siasatan Awal
Siasatan
ialah memeriksa dan menyoal secara ringkas untuk dapatkan fakta setepat mungkin
mengenai sesuatu kejadian. Matlamat siasatan ialah untuk mengetahui dengan
tepat keseluruhan ‘cerita’, motif sesuatu kejadian, siapa yang terlibat, bila,
di mana dan sebagainya. Fakta ini mesti dilapor kepada pihak atasan/polis
dengan segera. Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang bertugas.
4.
Prosedur
am
a. Periksa tempat kejadian, cari kesan-kesan,
barang bukti dan lain-lain.
b. Soal pengadu dan saksi untuk dapatkan fakta
yang jelas.
c. Laporkan kepada pihak atasan.
d. Beritahu pengadu ia bebas hendak buat
laporan polis atau tidak.
e. Kawal dan tentukan tiada sesiapa mengubah
atau menyentuh apa-apa sehingga Ketua/Polis datang untuk siasatan lanjut.
5.
Pengawal
Keselamatan dan semua staf mesti mempunyai semangat “sedia berkhidmat” dan
bersikap mesra terhadap pelanggan (termasuk pengadu dan orang-orang lain),
layan mereka dengan baik dan bila menyoal atau menemubual mereka hendaklah
dengan berbudi bahasa. Jangan nyatakan pendapat atau teguran
semasa menjalankan siasatan kepada pengadu atau sesiapa juga melainkan kepada
ketua sendiri. Kemahiran menyiasat memerlukan minat dan kesabaran yang tinggi.
6.
Staf
atau jabatan selain dari keselamatan perlu diberi ‘tugas’ secara tidak langsung
untuk membuat siasatan kejadian di tempat mereka.
7.
Hasil
Laporan Siasatan secara am hendaklah dikongsi dengan semua staf. Contohnya:
“Satu Jabatan telah kehilangan sebuah komputer. Siasatan awal mendapati
kelemahan-kelemahan berikut yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak:
a.
Komputer tersebut tidak
dipertanggungjawab kepada mana-mana individu. Ia sepatutnya diserahkan kepada
Stor Pusat atau diberi kepada mana-mana staf yang memerlukannya.
b.
Pintu utama Jabatan tersebut
didapati tidak berkunci pada waktu rehat iaitu pada waktu tengahari.”
Ulasan
Catat Ulasan