UJIAN AIR KENCING
Ujian Urin Di Ladang
Bila ibu habis cuti
Anak pula masih cuti,
Rasa nak sambung cuti
Berangan je ambik cuti
Hari ini Unit Keselamatan AADK ingin menjalankan operasi urin test kepada pekerja. Memang trend ujian urin dijalankan pada hari Isnin,lepas gaji atau selepas cuti panjang agar dapat mengesan pekerja yg mengambil dadah sewaktu hari minggu. Unit Keselamatan dengan pihak pengurusan memanggil pekerja yg berisiko dan dicampur secara rawak juga dengan mana mana pekerja untuk diambil urin test. Setiap pekerja diberikan botol dan bergilir mengambil giliran untuk diuji urin mereka. Seorang pekerja yang telah menjalani pemulihan dadah menjeling kepada saya sambil tersengih..
kalau betul dia dah bebas dari dadah tak perlu takut mesti negatif. Sebaik sahaja ujian negatif..dia terus menghampiri saya dan berkata..Boss! sambil tersengih sengih hanya saya dan dia sahaja yg faham bahasa bukan lisan tersebut. Alhamdulillah..
Seorang lagi pekerja yg pernah ditahan di luar unit operasi kerana kes dadah juga adalah negatif ujian urinnya.
Lega saya dgn semua team kerana tahun ini tiada siapa pun yang sangkut dalam ujian urin mereka.
Antara dadah yg diuji ialah ganja, meta, morfin dan amphetemin.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam