Tugas Rondaan yang berkesan dan Bertujuan
Apabila pengawal meronda, salah satu benda yang mereka akan nampak ialah motorsikal yang diletakkan merata tempat. mahu BERI AMARAN PERTAMA. Tak payahlah. sebab semua orang sudah tahu ini bukan sahaja salah, tetapi memang tak patut letak motorsikal merata tempat. Contoh!
# Laluan disyaki digunakan oleh pencuri.
# Kesan kecurian.
Mengapa?
Halang laluan pejalan kaki atau laluan orang buta.
Halang laluan kecemasan terutama untuk pihak bomba bertindak.
Memudahkan kerja pencuri.
Apa nak buat jika empunya motorsikal datang merayu. Jawab dengan sopan, maaf encik saya menjalankan amanah orang ramai dan menjalankan tugas saya.
Jika kita beri amaran atau ampunkan beliau, sampai bila pun masalah ini tidak akan selesai.
Meronda dengan efektif bermaksud melaksanakan semua tugas keselamatan dalam satu masa. Menentukan keseluruhan keadaan dalam keadaan selamat.
Yang paling mustahak adalah kehadiran kita memberi keyakinan dan mengurangkan produktiviti penjenayah.
1. Bersedia fizikal dan mental.
2. Tahu apa tugas seorang peronda.
3. Tahu apa tindakan yang akan diambil.
4. Tahu apa sedang berlaku di kawasan rondaan [ada majlis ke, ada renovasi ke, pejabat sepatutnya kosong ke, ada berapa orang yg dibenar bekerja, sepatutnya berkunci ke, sepatutnya tidak ada kenderaan ke, semua lampu dan aircond sudah dimatiakan].
5. Tahu menjaga keselamatan diri.
6. Apa tindakan yg mesti diambil jika sektor sebelah ada kecemasan.
7. Ada peta/lakaran rondaan dan mempunyai sektor rondaan bertujuan.
Bagaimana saya tahu tahap keselamatan sesebuah unit operasi?
1.Hanya melihat penampilan dan segak anggota PK.
2. Kebersihan dan kemas balai pengawal.
3. Sikap PK apabila menerima pelawat.
4. Kehadiran PK disenangi kawan dan lawan.
5. Berbudi bahasa tetapi tegas.
6. Mencari kaedah terpantas menyelesaikan masalah.
Tuan tuan bagaimana?
Kapt (b) Arlizam Ariffin ato
Eksekutif Keselamatan
Ulasan
Catat Ulasan