KESIHATAN PENGAWAL KESELAMATAN
Security personnel on the field should practice no fear nor favour. It should be maintained to improve the positive perception of the general public.
“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”
“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”
Kamu adalah apa yang kamu makan.
Makan berlebihan penyebab
penyakit. Bagaimanapun, walaupun makan sikit, ia perlu seimbang. Sayur, nasi, dan
ikan. Nasi, roti, bubur semuanya ada karbohidrat, iaitu makanan yang beri kita
tenaga. Kita juga perlu kawal makan garam dan gula kerana ia memberi kesan
sangat negative kepada badan.
Minuman yang ada gas, minuman
dalam tin atau kotak juga mempunyai kandungan gula yang banyak. Selain itu kalau
boleh kita elakkan makanan kering atau jajan. Mengikut pakar makanan, semua
makanan dalam tin, dalam kotak atau dalam plastic tidak baik kepada badan kita.
Ia mengandungi banyak garam dan bahan kimia.
Tidak buat eksesais tetapi
makan berlebihan boleh menyebabkan pelbagai penyakit – kencing manis
[diabetes], masalah buah pinggang, darah tinggi dan jantung. Semua ini boleh
menyebab stroke.
Jika kita tidak eksesais, tenaga
yang terkumpul dalam bentuk lemak dan protein akan menjadi masalah kepada badan.
Apa kebaikan eksesais? Bakar
lemak dalam badan dan membuang toksik. Toksik itu adalah bahan kumbahan dalam
badan. Ada 3 mesin kumbahan dalam badan kita; buah pinggang untuk cuci darah
dan cecair, usus untuk sedut zat dan buang sisa-sia dan akhir sekali, kulit
kita untuk buang cecair kumbahan. Tidak lupa paru-paru dan usus kita buang
udara yang tidak diperlukan.
Bila kita hendak eksesais.
Mudah saja. Semasa meronda, jika boleh kita berjalan kaki. Berjalan kaki adalah
eksesais paling baik kerana ia paling kurang untuk cedera. Untuk kuatkan
jantung, jalan perlahan dan laju.
Kita juga perlu banyak minum
air untuk proses penghadaman, dan elak kepekatan darah.
Ulasan
Catat Ulasan