Konsep Keselamatan – Sabotaj, Espionaj & Subversif




Apabila kita berfikir dan merancang tentang keselamatan, kita perlu ingat tiga unsur utama:

Sabotaj,      
Espionaj, dan
Subversif.


Sabotaj adalah tindakan merosakkan [termasuk menghilangkan] harta benda dan pada hari ini termasuk juga merosakkan sesuatu proses kerja, sesuatu projek, aktiviti serta mencederakan atau membunuh. Jadi…bagaimanakah kita hendak menghalang sabotaj berlaku di tempat kita bertugas.

Espionaj adalah tindakan mencuri maklumat atau segala rahsia organisasi. Jika ini berlaku, ia boleh memberi banyak kesan kepada organisasi. Ia termasuk kerugian, hilang rasa setia di kalangan pekerja, dan imej organisasi juga boleh tercalar.

Subversif pula ialah tindakan yang diambil oleh pihak luar untuk menukar pendirian seseorang menjadi tidak setia dan akhirnya membantu melakukan sabotaj dan espionaj bagi pihak luar. Ringkasnya dari seorang yang setia atau yang tidak berpendirian, bertukar menjadi musuh kita dari dalam.

Sebagai orang yang berpengalaman, anda boleh fikir sendiri semua perkara di atas sedang berlaku di tempat kita bertugas. Cumanya, pada waktu ini kita perlu fokus kepada staf keselamatan dahulu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SOLAWAT

PERANAN UTAMA PENGAWAL KESELAMATAN

CONTOH LAPORAN BIASA