PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah PPT?

Satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan ketrampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) /National Occupational Skills Standard (NOSS) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.

2. Mengapa saya perlu memohon PPT?

PPT dapat:
1.Memberi pengiktirafan secara formal kepada kekompetenan individu;
2.Memberi peluang pekerjaan yang luas kepada individu; dan
3.Meningkatkan kerjaya individu dalam industri pekerjaan.

3. Siapakah yang layak memohon PPT?

Terbuka kepada individu yang mempunyai kekompetenan melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup atau latihan (formal atau tidak formal).

4. Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum memohon SKM melalui PPT?

Anda perlu
Mengenalpasti bidang dan tahap yang hendak dipohon dengan merujuk kepada daftar NOSS yang terkini.
Mendapatkan maklumat mengenai panduan permohonan PPT.
* (Sila layari laman web JPK di www.dsd.gov.my bagi mendapatkan maklumat perkara 1 dan 2).

5. Apakah beza diantara daftar NOSS dan NOSS?

Daftar NOSS adalah senarai semua NOSS dalam lima (5) sektor utama (Pembuatan, pertanian, pekhidmatan, pengangkutan dan perlombongan). Manakala NOSS adalah satu dokumen yang mengariskan ketrampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja dalam sesuatu bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan.

6. Bagaimana saya boleh mendapatkan NOSS?

NOSS boleh diperolehi di pejabat JPK Putrajaya dan Cyberjaya. Setiap NOSS berharga RM20.00 dan perlu dibayar dalam bentuk Kiriman Wang/Deraf Bank/Pesanan Kerajaan, atas nama ‘Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran’.

7. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya kemahiran yang dimiliki tidak memenuhi sebahagian keperluan NOSS?

Pemohon perlu memenuhi kemahiran seperti yang ditetapkan dalam keperluan NOSS:
Melalui latihan di PB-PPT- panduan ini boleh didapati di laman web JPK www.dsd.gov.my; atau
Mengumpul pengalaman sehingga cukup.

8. Bagaimana hendak memohon SKM melalui kaedah PPT?

Pemohon perlu:
Mencetak dan mengisi borang pendaftaran PPT yang boleh diperolehi melalui laman web (www.dsd.gov.my) atau boleh diperolehi di mana-mana pejabat JPK.
Menghantar borang yang lengkap disi beserta bayaran dan dokumen sokongan yang diperlukan ke JPK Cyberjaya melalui pos ataupun serahan tangan.

9. Berapakah kadar bayaran bagi pemohonan SKM melalui kaedah PPT?

Kadar bayaran adalah sebanyak RM 300/tahap dan perlu dibayar dalam bentuk Kiriman Wang/Deraf Bank/Pesanan Kerajaan (L.O), atas nama ‘Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran’.
Resit akan diserahkan kepada pemohon selepas pendaftaran dibuat beserta dengan “Notis Pendaftaran dan Penugasan”.

10. Bagaimanakah saya hendak mengetahui permohonan telah diterima?

Permohonan yang layak, JPK akan mengeluarkan “Notis Pendaftaran dan Penugasan” beserta resit kepada calon
Permohonan yang ditolak,borang permohonan dan bayaran akan dipulangkan kepada calon.

11. Kenapakah permohonan saya ditolak?

Borang permohonan tidak lengkap; atau
Pemohon tidak memenuhi syarat kelayakan memohon PPT.

12. Apakah yang perlu saya lakukan selepas menerima “Notis Pendaftaran dan Penugasan”?

Calon perlu menghubungi PP untuk menetapkan tarikh sesi kaunseling dan penilaian

* Calon adalah digalakkan mengumpul bukti-bukti keterampilan yang dimiliki sebelum sesi kaunseling dan penilaian dijalankan.

13. Berapa lamakah tempoh pembangunan portfolio yang dibenarkan?

2 bulan - SKM 1/2/3
5 bulan - DKM/DLKM (termasuk pembangunan projek/kes pengalaman terdahulu)
* Tempoh yang ditetapkan adalah tarikh “Tempoh Penilaian” seperti di dalam “Notis Pendaftaran dan Penugasan”.

14. Siapakah personel yang terlibat didalam menentukan mutu persijilan PPT?

Calon;
Pegawai Penilai (PP-PPT);
Pegawai Pengesah Luaran (PPL-PPT);
Pegawai pemantau JPK (untuk VTO/DKM/DLKM)

15. Bolehkan saya memohon pertukaran PP-PPT yang telah ditugaskan?

TIDAK DIBENARKAN.

JPK akan mempertimbangkan permohonan ini sekiranya calon mengemukakan alasan yang munasabah secara bertulis kepada JPK.

16. Bolehkah saya memohon tempoh perlanjutan sesi kaunseling dan penilaian.


TIDAK DIBENARKAN.

JPK akan mempertimbangkan permohonan ini sekiranya calon mengemukakan alasan yang munasabah secara bertulis kepada JPK.

17. Sekiranya saya telah menyelesaikan proses kaunseling dan penilaian, apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?

PP-PPT akan menghubungi Unit PPT, JPK untuk memohon sesi verifikasi.

Calon perlu bersedia untuk diverifikasi oleh PPL-PPT yang akan dilantik

Keputusan verifikasi akan diketahui diakhir sesi verifikasi.

* Sesi verifikasi wajib dihadiri oleh calon, PP-PPT dan PPL-PPT.

18. Sekiranya saya telah selesai verifikasi, apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?

PPL akan menghantar borang pengeluaran sijil kepada JPK dan sijil akan dihantar terus kepada calon/ agensi yang menguruskan permohonan calon.
Calon hendaklah menghantar borang maklumbalas penerimaan sijil.


19. Siapakah yang layak memohon Pengiktirafan Khas melalui PPT?
Mereka yang layak memohon terbahagi kepada dua jenis permohonan iaitu: i. Personel yang telah memberikan khidmat kepakaran serta sumbangan cemerlang dalam aktiviti JPK khususnya, dan negara amnya di mana terbahagi kepada tiga kategori:

Kategori 1 : Personel Yang Terlibat Dalam Aktiviti JPK
Kategori 2 : Personel Pertandingan Kemahiran Peringkat kebangsaan/Antarabangsa
Kategori 3 : Personel ATM Yang Memiliki Sijil Tred ATM
Calon yang telah memiliki Diploma yang dikeluarkan oleh Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) ATAU Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
(Rujuk Panduan Permohonan Pengiktirafan Khas di laman web JPK www.dsd.gov.my ).

20. Bagaimanakah kaedah untuk memohon PPT Khas?

Personel yang telah memberikan khidmat kepakaran serta sumbangan cemerlang dalam aktiviti JPK :
Borang Permohonan DKM.DLKM/SKM Melalui Pengiktirafan Khas [JPK/PPT/1008(P3)] rujuk lampiran B yang lengkap diisi.
Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan oleh Ketua Jabatan/Majikan.
Bayaran sebanyak RM300.00 bagi setiap tahap dalam bentuk Kiriman Wang, Deraf Bank, Pesanan Kerajaan (L.O) atas nama 'KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN'(tempoh sahlaku tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima).
'Curiculum Vitae' (CV).
Salinan Ijazah/Diploma/Sijil-sijil/Surat Penghargaan yang disahkan oleh Ketua Jabatan/Majikan.
Bukti-bukti permohonan (Penglibatan dengan aktiviti JPK/ Sijil Tred ATM yang mana berkaitan).
Calon yang telah memiliki Diploma yang dikeluarkan oleh Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) ATAU Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan(CIAST) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Pendaftaran melalui kaedah online e-SKM dengan melayari laman web http://eskm.dsd.gov.my. Calon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum memohon.
Cetak surat pengiring kelulusan permohonan untuk rujukan. Permohonan menggunakan kaedah manual tida akan diproses dan akan dikembalikan.
Bayaran sebanyak RM300.00 bagi setiap tahap dalam bentuk Kiriman Wang, Deraf Bank, Pesanan Kerajaan (L.O) atas nama "Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran" (tempoh sahlaku tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima).
Mengemukakan salinan kad pengenalan pemohon, salinan Diploma berkenaan yang disahkan oleh Ketua Jabatan/Majikan.
Curiculum Vitae (CV).
Permohonan yang tidak mematuhi mana-mana keperluan yang dinyatakan, akan ditolak dan bayaran tidak akan dikembalikan.

21. Ke manakah aduan mengenai PPT hendak disalurkan?
Semua aduan hendaklah dibuat secara rasmi dengan menghantar surat kepada pengarah MOSQ.
Persijilan


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SOLAWAT

PERANAN UTAMA PENGAWAL KESELAMATAN

CONTOH LAPORAN BIASA