PENILAIAN KESELAMATAN


Penilaian Keselamatan [Security Assessment]

Berikut adalah panduan am menilai keadaan keselamatan, yang boleh diperbaiki. Ingatan. Jika kecurian atau kehilangan banyak dilakukan oleh staf sendiri dan juga dengan bantuan pekerja kontraktor; kelemahan di sini ialah prosedur kawalan harta.
Penilaian keselamatan boleh dilakukan dalam 7 langkah:

1.1.       Langkah 1

·           Kejadian yang pernah berlaku di dalam kawasan dan berhampiran
·           Ada sesiapa yang jadi mangsa kejadian tersebut
·           Ada pengawal di sini
·           Apa kah sasaran yang menarik di sini
·           Tinggikah risiko sasaran itu untuk jadi mangsa dan apa kesannya [Contoh: kemungkinan besar, kerugian lebih 10 ribu]
Termasuk:-
·           Jika di rumah
o   Dokumen dokumen penting
o   Harta benda
o   Kesan psikologi
o   Harta kesayangan
·           Jika di pejabat
o   Moral pekerja
o   Imej syarikat
o   Kerja tergendala

Bagi setiap organisasi, berikut adalah antara sasaran penjenayah:

·         Individu
·         aset [termasuk maklumat]
·         bangunan, dan 
·         kawasan

Pada hari ini kita tidak boleh terfikir individu mana yang akan jadi mangsa jenayah. Paling baik, kita perlu sentiasa berhati-hati.
Aset termasuk harta individu [kereta, telefon bimbit, duit], harta organisasi, harta kontraktor dan maklumat.

Bangunan. Dewan dan surau kerap jadi sasaran kerana terdapat aset bernilai kepada penjenayah. Ada aset yang mudah alih dan ada yang sukar. Bangunan atau pejabat yang menyimpan maklumat tertentu juga boleh menjadi sasaran penjenayah.
Kawasan terbuka seperti letak kenderaan mungkin kurang diberi perhatian kecuali selepas ada kejadian curi, pecah cermin dan kehilangan kenderaan. Kawasan lain seperti asrama juga amat penting di awasi. Di universiti pernah berlaku lemas di kolam renang pada waktu malam.
Ringkasnya, hanya ‘orang lama’ yang sensitif tahu dan sedar di manakah sasaran penjenayah yang pernah berlaku di setiap organisasi. Mereka ini hendaklah dirujuk untuk memberi maklumat.

 

1.2.       Langkah 2

Tinjau kawasan tugas dan kelilingnya

Perhati keadaan keliling
Jika bersih dan kemas; keselamatan lebih terjamin
Lihat tempat-tempat sesuai dijadikan tempat persembunyian, laluan masuk/keluar penjenayah
Kawasan yang terang dan terkawal sukar untuk lakukan jenayah, dan mudah untuk diperhati dan ditangkap

1.3.       Langkah 3

Periksa sempadan/pagar
Berjalan dan perhati lokasi/kawasan yang lemah
Pastikan semua pagar kukuh dan sentiasa diselenggara terutama lokasi atau kawasan yang tersorok
Pintu utama dan semua pintu terkawal
Pertimbang peluang-peluang penjenayah:
·      Memanjat/menceroboh pagar menggunakan sumber berdekatan [pokok, tong sampah, tangga]
·      Sasaran arson
·      Tempat bersembunyi
·      Kawasan gelap dan tersorok/tersembunyi

1.4.       Langkah 4

Perhati semua bangunan, termasuk dinding, tingkap, pintu dan bumbung. Termasuk garaj, kawasan stor dan laluan udara. Lihat mana-mana kelemahan yang mudah diumpil, atau mudah dibuka sebagai laluan pencerobohan.

Perkenalkan langkah-langkah menghalang atau mengurang pencerobohan – semakin sukar atau semakin mudah di perhati, serta bising, semakin tawar hati mereka untuk menceroboh.

1.5.       Langkah 5

Periksa semua jenis kunci
Berkualiti, kukuh dan selamat
Kunci pintu yang tidak terjaga
Periksa pintu api
Periksa setiap kunci tingkap
Alat tambahan – jeriji [grills], jaring, cermin gelap untuk menambah keselamatan dan tidak boleh dilihat dari luar, barang2 bernilai dan berharga

1.6.       Langkah 6

Di dalam bangunan, senaraikan semua aset. Catat pembuatan [make], model dan no siri. Fikirkan tanda keselamatan di setiap alat.

Jika boleh, barang bernilai, barang menarik [attractive items] dan barang yang diperlukan seharian perlu disimpan dengan selamat.

Jika ada penggera, pastikan ia sentiasa berfungsi. Catat siapa yang bertanggungjawab atas penggera dan alat keselamatan lain.

1.7.       Langkah 7

Setelah selesai semuanya, anda akan berupaya utarakan apa-apa risiko keselamatan, ancaman dan keberangkalian lain. Anda kemudian boleh merancang atau mencadang tambahan jeriji, kunci, pagar, pencahayaan, CCTV, perbaiki kawalan akses, memperkenal password, memperkenal kawasan larangan, memperkenal klasifikasi akses, prosedur pindah aset syarikat, kawalan aset dan lain-lain.

Simpan kajian penilaian keselamatan ini dengan selamat dan perbaiki setiap masa.

Syarikat juga perlu pertimbang pengurusan inventori, prosedur bagi staf, keselamatan staf dan maklumat-maklumat sulit setiap staf.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SOLAWAT

PERANAN UTAMA PENGAWAL KESELAMATAN

CONTOH LAPORAN BIASA