KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH LAHAD DATU Copy Facebook

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH LAHAD DATU:

Op COVID-19 di daerah IPD Lahad Datu turut dilaksanakan berikutan pengisytiharan darurat bagi membendung pandemik wabak COVID-19 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk tempoh pelaksanaan darurat ini iaitu sehingga 01 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika terdapat angka kes positif COVID-19 harian dapat diturunkan atau dikawal secara berkesan, maka satu Perintah Kawalan Pergerakan bermula 13 Januari sehingga 26 Januari 2021 dilaksanakan.

Dalam memastikan titah ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong ini, IPD Lahad Datu telah merancang, mengatur dan melaksanakan segala tindakan yang perlu dalam memastikan penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 demi memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat diutamakan.

Oleh itu, penubuhan pasukan-pasukan Pemantauan dan Pematuhan, Sekatan Jalan Raya (SJR), pasukan Rondaan Berkereta MPV dan Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) serta penutupan jalan di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti telah diaturgerakkan.

Dalam operasi kali ini, sebanyak 04 Sekatan Jalanraya (SJR) telah didirikan di lokasi-lokasi seperti berikut:

1. SJR KM 12, Jalan Silam - Tawau (Borneo Marble).

2. SJR KM 20, Jalan Segama-Sandakan (Simpang Jerocco).

3. SJR KM 4, Jalan Tengah Nipah (KAKA Plastic).

4. SJR Gate 55, Felda Sahabat, Lahad Datu.

Bagi melancarkan aliran Trafik di pusat bandar, penutupan di 02 lokasi iaitu di bulatan hotel Silam Dynasty dan bulatan Ko-Nelayan, Jalan Pantai.

Manakala, pasukan-pasukan Pemantauan dan Pematuhan di kawasan tumpuan ramai pula, sebanyak 05 pasukan Rondaan Berjalan Kaki ditubuhkan iaitu meliputi 02 pasukan di Pusat Bandar iaitu masing-masing 01 pasukan di bandar Fajar, Bandar Tabanak dan Bandar Sri Perdana.       

Sementara itu, pasukan Rondaan Berkereta MPV dan Unit Rondaan Bermotorsikal sebanyak 03 unit kereta peronda dan 02 unit motorsikal akan beroperasi bagi setiap tempoh 24 jam sepanjang tempoh PKP ini berlangsung.

Op Covid-19 oleh IPD Lahad Datu kali ini akan melibatkan kekuatan pegawai dan anggota PDRM dengan dibantu oleh pasukan sahabat daripada seperti Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sukarelawan PDRM, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Undang-undang dan Peraturan-peraturan yang digunakan sepanjang tempoh PKP adalah seperti berikut:

1. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

2. Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan (no.9) 2020).

3. Standard Operational Procedure (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan bagi Negeri Sabah yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagi kesalahan lazim sepanjang tempoh PKP adalah di bawah Peraturan 12 iaitu tidak mematuhi SOP yang dikuatkuasakan antaranya adalah:

1. Tidak memakai Pelitup Muka (Face Mask) di tempat awam.

2. Tiada Penjarakan Fizikal.

3. Menaiki Kenderaan Melebihi had yang ditetapkan.

4. Berhimpun.

Bagi pelanggaran Undang-undang dan Peraturan sepanjang PKP untuk Warganegara dan Pemastatutin Tetap, tindakan kompaun RM1000 (Satu Ribu Ringgit Malaysia) akan dikenakan. Sekiranya pesalah tidak membayar kompaun, pihak Jabatan Kesihatan Daerah boleh mengambil tindakan pendakwaan di Mahkamah.

Sementara itu, bagi pesalah bukan Warganegara, Kertas Siasatan akan dibuka dan siasatan selari di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan akan dijalankan dan pendakwaan di Mahkamah akan diambil.

Hukuman bagi kesalahan pendakwaan di Mahkamah adalah denda RM 1000 (Satu Ribu Ringgit Malaysia) atau Penjara boleh sampai 6 bulan atau kedua-duanya.

Oleh itu, ACP Rohan Shah Bin Ahmad, Ketua Polis Daerah Lahad Datu menasihati dan berharap agar orang awan dan masyarakat Lahad Datu keseluruhannya supaya menghadkan pergerakan dan hanya keluar bila perlu serta dapat mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan sepanjang tempoh PKP ini agar rantaian penularan pandemik COVID-19 ini dapat dibendung.

ACP ROHAN SHAH AHMAD,
Ketua Polis Daerah
Lahad Datu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SOLAWAT

PERANAN UTAMA PENGAWAL KESELAMATAN

CONTOH LAPORAN BIASA