Maksud NOSS @ SKPK
NOSS Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.
TAHAP 1
Pencapaian pada tahap ini menggambarkan kebolehan untuk menggunakan pengetahuan, kemahiran dan prosedur yang relevan bagi menyelesaikan tugasan yang rutin dan dijangka yang mengandungi tanggungjawab bagi menyempurnakan tugasan dan prosedur berdasarkan halatuju atau panduan
TAHAP 2
Pencapaian pada tahap ini menggambarkan kebolehan untuk memilih dan menggunakan pengetahuan, idea, kemahiran dan prosedur yang relevan untuk menyelesaikan tugasan yang ditakrifkan dengan jelas dan mengemukakan masalah dengan jelas. Ia juga melibatkan pengambilan tanggungjawab bagi menyelesaikan tugasan dan prosedur, pengamalan autonomi dan pengadilan berdasarkan kepada keseluruhan halatuju atau panduan
TAHAP 3
Pencapaian pada tahap ini menggambarkan kebolehan untuk mengenalpasti dan menggunakan pemahaman, kaedah dan kemahiran yang relevan untuk menyelesaikan tugasan dan mengemukakan masalah yang ditakrifkan dengan jelas dengan ukuran kerumitan. Ia juga melibatkan pengambilan tanggungjawab bagi memulakan dan menyelesaikan tugasan dan prosedur sebagaimana pengamalan autonomi dan pengadilan di dalam parameter yang terhad. Ia juga menggambarkan kesedaran bagi perspektif yang berbeza atau pendekatan di dalam bidang kajian atau kerja
TAHAP 4
Pencapaian pada tahap ini menggambarkan kebolehan untuk mengenalpasti dan menggunakan pemahaman, kaedah dan kemahiran yang relevan untuk mengemukakan masalah yang ditafsirkan dengan jelas tetapi kompleks dan tidak rutin. Ia melibatkan pengambilan tanggungjawab bagi keseluruhan haluan tindakan sebagaimana pengamalan autonomi dan pengadilan di dalam pelbagai parameter yang adil. Ia juga menggambarkan pemahaman tentang perbezaan perspektif atau pendekatan di dalam bidang kajian atau kerja
TAHAP 5
Pencapaian pada tahap ini menggambarkan kebolehan untuk mengenalpasti dan menggunakan pemahaman, kaedah dan kemahiran yang relevan untuk mengemukakan pelbagai tafsiran, masalah kompleks. Ia juga melibatkan pengambilan tanggungjawab bagi perancangan dan pembangunan haluan tindakan sebagaimana pengamalan autonomi dan pengadilan di dalam pelbagai parameter. Ia juga menggambarkan pemahaman bagi perbezaan perspektif, pendekatan atau pendapat dan alasan disebaliknya
Baik dan bermanafaat
BalasPadam