Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama JPK. Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu : Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 |
Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah
1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.
2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)
Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.
3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan).
Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.
Ulasan
Catat Ulasan