Bagaimana Majikan Menilai Kita ?


Rata rata pembaca adalah pekerja. Soalan di sini bagaimana majikan [bos-bos] menilai kita setiap tahun sehingga kita dihadiahkan pangkat, jawatan yang 'cantik', bonus atau kursus di luar negara.

Jika saya bagi rahsia ini apa tuan-tuan nak bagi saya? Tak apa lah....saya hanya perlu doa yang baik-baik saja, tak lebih dari itu.

Jika kita lihat dan kemudian perhati betul-betul borang penilaian tahunan atau dwi tahunan itu, ia sebenarnya menilai 3 perkara saja: 

[1]  Kerja kita 

[2] sikap, dan

[3] perangai/tabiat, fe'el, kelakuan kita.

Kita dinilai 24 jam sehari, 7 hari seminggu. 

Tak perlu nak bodek kecuali bos kita tu memang dilahirkan 'kaki bodek'. Biasanya, kaki bodek juga mahu dibodek. Itu semua kuasa Allah; kalau sudah ditetapkan rezeki tuan, tiada siapa yang boleh halang.

Ada yang cerdik...bodek habis-habisan bila sudah sampai masa bos nak isi borang penilaian. Orang macam ni, bukan musim durian pun dia boleh hantar durian kat rumah bos.

Bos buat lawak gaban pun dia akan gelak. Dia la...bukan kita

Penilaian

Kerja Kita. Hampir sempurna, on time, cantik, kemas, lengkap, bersih ....[ini saya tak perlu terangkan dgn lanjut]. Bos tanya bab kerja semua boleh jawab; maknanya si polan memang betul-batul tahu pasal kerja dia.


Kerja pun nak dipaksa

Sikap Kita [Attitude].
Sikap ini adalah hasil dari sesuatu kejadian atau keadaan dan bagaimana kita bertindak. Ada orang sakit...kita tolong. Bos minta tolong....kita ke depan. Boleh datang tak besuk, bos tanya; kita jawab boleh. Engkau tahu tak di mana nak dapat durian belanda? Saya tak tahu bos....bagi saya 20 minit nanti saya cuba carikan.



Nah itu lah sikap. Ia itu ringkasnya boleh tolong, boleh beri kerjasama. Semua yang saya beri itu adalah sikap yang positif. Yang negatif....tak perlu lah saya beritahu di sini. 

Perangai kita pulak macam mana. Pengotor [tak la kotor sangat], selekeh, datang kerja lambat, balik awal, selalu sakit, busuk, merokok, tak rajin solat....motor selalu pancit, jalan selalu jem. Terlupa dan tak ingat.

Jangan terkejut, ada orang perangai buruk tapi sikap amat positif. Bos pula suka dia. Dia ni apa saja bos suruh, semua dia boleh buat. Datang kerja hari Sabtu ke Ahad ke semua dia OK. Suruh datang rumah pun dia OK. Maknanya, sikap dia terlalu terpuji.

Dan jangan terkejut, orang ini akan naik pangkat dulu!

Ringkasnya, semua tiga perkara di atas itu berkait rapat. Lemah satu, lemah semuanya. Tapi paling kuasa ialah sikap. Kalau yang lain-lain tu kita mcm biasa saja, sikap yang positif tetap akan beri kita masa depan yang cerah.

Sebab apa? Sebab kita pun pernah terfikir...dia tu tak lah cerdik sangat. Atau dia tu macam standard aku jer.

Jadinya, fikir-fikirkan lah macam mana hendak maju dalam kerjaya tuan-tuan. Tidak kiralah tuan ini Pengurus kah, Pegawai kah, Kerani kah atau hanya seorang Pengawal Keselamatan.

Ingat Sikap, Kerja dan Perangai! 
[Attitude, competency & behaviour]. 

Wallahualam.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SOLAWAT

PERANAN UTAMA PENGAWAL KESELAMATAN

CONTOH LAPORAN BIASA