EMPATHISE
Khas untuk penyelia...
Keperluan K3K yang perlu dihayati
Konsisten Kebersihan, Kualiti dan Khidmat
“EMPATHY”. Mohon maaf kerana tak dapat di Melayusasikan perkataan ini.
Empathy membawa erti, memahami keadaan atau situasi perasaan seperti duka atau suka, keadaan senang atau susah orang lain.
Ya... Semua orang ada perasaan dan perasaan itu munkin perlu diberi perhatian.. Ada kadang yang buat kita sentap bila cuba memahami org yang tidak memahami.
Empathy bukan saja ditujukan kepada orang lain tetapi ia dijadikan sebagai salah satu sistem pengurusan keselamatan.
Saya berikan 4 langkah yang asas dalam tanggani keaadaan mengikut sistem pengurusan secara empathy ini.
Langkah 1:
Sentiasa senyum(jangan senyum memanjang nanti orang lain ingatkan pengawal kita sewel) dan selalu ingatkan nama orang lain dengan rujuk nama mereka bila berhadapan dengan mereka. Sebutkan nama Penuh (cuba ingat setiap orang) Ini akan membuatkan orang itu senang didampingi, sedia berkongsi idea baru dengan anda atau mengambil berat tentang perkara keselamatan sekitar dan sentiasa memberi pandangan (feedback).
Langkah 2:
Lapangkan sedikit masa, walau pun anda terlalu sibuk untuk uruskan rungutan pengadu, dengar apa yang ingin diperkatakan dan sentiasa baca juga gerakan badannya (body language).Maintainance/housekeeping guard house is very important. Jadual adalah perkara yang penting.
Langkah 3:
Jangan terlalu ramah sangat dengan orang lain kecuali dia adalah sahabat baik anda. Terlalu ramah kepada org lain ini kadangkala membosankan dan mereka mungkin tidak selesa berada di tempat kita. Sentiasa menghormati orang dalam semua keadaan. Tegur secara berhemah dan tegas" Kenalkan diri tuan?, saya tidak kenal untuk saya rekodkan dalam buku keluar/masuk"
Langkah 4:
Orang kata, “pimpinan melalui tauladan“, sekiranya saya yang mulakan sesuatu yang baru, sudah tentu pengawal kita juga lakukan perkara yang sama.Tuan tuan pun sama. Apa saja saya lakukan itu adalah seperti , memberitahu pengawal anda bagaimana nak melaksanakan tugas pengawal. Apa yang saya katakan ada orang lain itu perlu dikotakan. “Practice what you preach”. Keperluannya perlu diberi perhatian. Bahagian ini pengawal kita dah OK.
Ulasan
Catat Ulasan