Keperluan K3K yang perlu dihayati
Keperluan K3K yang perlu dihayati
Konsisten - Kebersihan, Kualiti dan Khidmat
“EMPATHY”. Mohon maaf kerana tak dapat di Melayusasikan perkataan ini. Empathy membawa erti, memahami keadaan atau situasi perasaan seperti duka atau suka, keadaan senang atau susah orang lain. Empathy bukan saja ditujukan kepada pelangan tetapi ia dijadikan sebagai sistem pengurusan dalam syarikat kita ARBAR KOMITED.
Saya berikan 4 langkah yang asas dalam tanggani pelangan mengikut sistem pengurusan secara empathy ini.
Langkah 1:
Sentiasa senyum(jangan senyum memanjang nanti orang lain ingatkan ahli kita sewel) dan selalu ingatkan nama orang lain dengan rujuk nama mereka bila berhadapan dengan mereka. Ini akan membuatkan orang itu senang didampingi, sedia berkongsi idea baru dengan anda atau mengambil berat tentang perniagaan kita dan sentiasa memberi pandangan (feedback).
Langkah 2:
Lapangkan sedikit masa, walau pun anda terlalu sibuk untuk uruskan rungutan pelangan, dengar apa yang ingin diperkatakan dan sentiasa baca juga gerakan badannya (body language).Maintainance outlet is important.
Langkah3:
Jangan terlalu ramah sangat dengan pelangan kecuali dia adalah sahabat baik anda. Terlalu ramah kepada pelangan ini kadangkala membosankan pelangan dan mereka mungkin tidak selesa berada di tempat kita. Sentiasa menghormati pelangan dalam semua keadaan.
Langkah 4:
Orang kata, “pimpinan melalui tauladan“, sekiranya saya yang mulakan sesuatu yang baru, sudah tentu ahli team kita juga lakukan perkara yang sama. Apa saja saya lakukan itu adalah seperti , memberitahu pelayan anda bagaimana nak melayan pelangan. Apa yang saya katakan ada orang lain itu perlu dikotakan. “Practice what you preach”.
Ulasan
Catat Ulasan