RONDAAN

RONDAAN

Apabila tugas rondaan dijalankan peraturan-peraturan dan tatacara berikut hendaklah diikuti dan diawasi. 

Rondaan hendaklah meliputi sekitar kawasan berpagar dan juga dalam blok-blok bangunan xxx.

a) Memastikan kawasan Pejabat, xxx selamat dari sebarang bentuk pencerobohan (intrusion) dengan memastikan semua pintu pagar dan pintu masuk tertutup dan berkunci. Bagi kawasan bangunan pastikan 
pintu dan tingkap berkunci dan dalam keadaan baik.

b) Menutup lampu, paip air, kipas angin, pendingin udara atau sebarang alat elektrik di mana penggunaannya tidak diperlukan.

c) Memeriksa jika terdapat sebarang bunyi yang mencurigakan dan memeriksa punca bunyi tersebut. Bunyi yang berkenaan mungkin menggambarkan percubaan pecah masuk, bunyi peralatan dan jentera yang rosak atau sebarang kemungkinan masalah penggunaan.

d) Memeriksa jika terdapat sebarang kerosakan pintu. Jika didapati pintu terbuka hendaklah diperiksa dan dikunci dan laporkan kepada Jabatan.

e) Memeriksa jika terdapat sebarang bau yang luar biasa dan melaporkan dengan segera jika sumbernya tidak diketahui. Bau yang sedemikian mungkin berpunca dari kebocoran gas, kebakaran atau sebagainya.

f) Memastikan semua alat pencegah kebakaran berada di tempat yang betul atau sesuai dan perjalanan ke tempat tersebut tidak terhalang.

g) Membuat laporan jika didapati sebarang kerosakan atau keadaan yang membahayakan tidak kira sama ada ianya boleh diperbetulkan atau pun tidak.

h) Semasa rondaan hendaklah mengunci Morse Watchmen Clock (MWC)/Punch Clock di blok-blok bangunan, pos kawalan atau kawasan di mana ianya dipasang. Morse Watchmen Clock (MWC)/Punch Clock disediakan xxx.

i) Pengawal keselamatan hendaklah menyoal, memeriksa atau menahan orang orang yang mencurigakan, dan sekiranya perlu laporan hendaklah dibuat kepada Jabatan atau pihak polis.

j) Pengawal keselamatan hendaklah memastikan semua pintu utama pejabat dan lain-lain bangunan yang berkaitan sentiasa dikunci selepas waktu pejabat.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SOLAWAT

PERANAN UTAMA PENGAWAL KESELAMATAN

CONTOH LAPORAN BIASA