TANDA-TANDA UTAMA KETAGIHAN DADAH
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah:-
1.Kemerosotan kehadiran di sekolah atau di tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
2.Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
3.Mengelakkan diri dari tanggungjawab.
4.Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau yang dimiliki.
5.Hilang selera makan,kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.
6. Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.
7.Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
8.Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
9.Suka meminjam wang daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara-mara atau kaum keluarga.
10.Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab, seperti stor,bilik kecil, tingkat bawah bangunan tujuan untuk mengambil dadah.
Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja.
Ulasan
Catat Ulasan