KISAH BENAR BILIK 507 HOTEL SANDAKAN
KISAH BENAR
Pada 09 Mac yg lalu, tempatnya di sebuah hotel di Sandakan.
Penyewa : " bilik no 507 ada kosong x?"
Bellboy : "Kosong encik!"
Penyewa : "Boleh saya gunakan?"
Bellboy : "boleh encik!"
Setelah memboking bilik tersebut si penyewa menemui manager hotel untuk minta 3 benda , sebilah pisau berwarna hitam, benang putih panjang 59 cm dan warna oren 79 cm.
Meskipun agak pelik tapi manager hotel bersedia memenuhi permintaan penyewa
Tapi kerana hairan dan ingin tau si manager pun akhirnya tidur di bilik no. 509 tepat di bilik sebelahnya.
Diapun menunggu, tidak tidur. Akhirnya tepat tengah malam terdengar suara - suara pelik,ngeri,seram dari dalam bilik no 507.
Terdengar suara merintih, piring pecah, dan - balingan ke dinding.,tdgr juga meraung,menangis,mengerang,
Setelah pagi si penyewa pun berkemas menuju lobi hotel untuk cek out dan tak lupa memberi tips yang sgt byk pada bellboy.
Manager hotel yang kehairanan akhirnya menceritakan semuanya dan mengajak bellboy untuk memeriksa bilik 507 dan tp seemuanya elok ,kemas, tak ada 1 benda pun yang rosak.
Dalam hati dia bertanya apa yang dilakukan penyewa itu?.
Setahun berlalu dan tepat tarikh 9 hbbulan si penyewa itu datang lagi.
Memesan bilik no 507, meminta sebilah pisau hitam, benang putih 59 cm dan oren 79 cm.
Manager yang masih ingin tau ,kembali mencuri dgr kat dinding blik sebelah.
Kembali terdengar suara - suara pelik, paginya si penyewa bergegas, tak lupa memberi tips yg byk.
Tahun ke 3, pada tarikh yang sama penyewa itu datang lagi, dengan permintaan yang sama.
Bilik 507, pisau hitam benang putih dan oren
Kali ini si manager mesti tau apa sebenarnya yang dia lakukan.
Setelah pagi tiba ketika si penyewa hendak pergi meninggalkan hotel tgesa gesala si manager mendapatkanya.
Manager : "Mohon maaf tuan saya boleh tanya 1 pekara x?"
Penyewa: "Tentu saja bro, apa itu"
Manager : "Saya pelik apa yang sedang pakcik lakukan tadi malam di bilik 507?"
Penyewa : "Bila pakcik beritahu ko, bolehke ko berjanji akan menjaga rahsia dan tidak memberitahu siapapun?"
Manager : "Ya pakcik saya berjanji tidak akan memberitahu siapapun hal ini!"
Manager tersebut benar2 "menepati janjinya" dgn sungguh2 untuk tidak memberitahu kepada siapapun tentang apa yang dilakukan penyewa tersebut di bilik 507.
sebab itu sampai sekarang kita tdk ada yg tau apa yg terjadi di bilik 507 tersebut. Kerana Manager Hotel tersebut tdk pernah menceritakan kejadian tersebut kepada siapa pun. Termasuk kamu.
Ulasan
Catat Ulasan