KESELAMATAN FIZIKAL

Keselamatan Fizikal

Keselamatan    fizikal    ialah    sebarang    tindakan    yang    memastikan keselamatan  bangunan,  premis atau tempat, termasuk yang digunakan bagi mengurus perkara-perkara terperingkat dan sensitif supaya sentiasa dalam keadaan selamat.

Urusan   keselamatan   fizikal   di    unit operasi  dikawalselia   oleh    Pegawai Keselamatan  unit operasi (SAS)  yang  melapor  terus  kepada  Penyelia Keselamatan dan pengurus unit operasi seterusnya kepada pengurus.

2.Insiden Dan Ancaman Keselamatan Fizikal Insiden keselamatan boleh didefinisikan sebagai musibah (adverse event) yang berlaku ke atas manusia, harta benda atau maklumat serta   ancaman   kemungkinan   berlaku   kejadian   tersebut.    Ia merupakan  suatu  perbuatan yang  melanggar dasar  keselamatan yang telah ditetapkan secara tersurat atau tersirat.
Insiden keselamatan ialah keadaan di mana berlakunya kehilangan harta  benda  atau  maklumat  yang  berpunca  daripada  ancaman keselamatan  fizikal  /  pencerobohan  (pecah  masuk)  /  gangguan serta  menyebabkan  kerosakan,  kecurian  dan  kebakaran  ke  atas premis.

3.      Keselamatan Peribadi
Keselamatan Peribadi adalah kawalan yang bertujuan untuk memastikan seseorang yang diragui kesetiaannya kepada negara tidak dilantik dalam perkhidmatan kerajaan. Sekiranya telah dilantik sebagai penjawat di dalam  perkhidmatan  syarikat,  kedudukannya  tidak  akan  diteruskan  di dalam mengendalikan urusan rahsia rasmi syarikat dan boleh diambil tindakan tatatertib.

4.    Keselamatan Dokumen
Keselamatan dokumen adalah kawalan ke atas dokumen rahsia rasmi dan dokumen rasmi daripada pendedahan atau penglihatan tanpa kebenaran. Dokumen   Rasmi   adalah   Dokumen   Terperingkat   yang   mesti   diberi perlindungan keselamatan dan yang bertanda dengan sesuatu peringkat keselamatan samada ‘Rahsia Besar’, Rahsia’, ‘Sulit’ atau ‘Terhad’ .

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SOLAWAT

PERANAN UTAMA PENGAWAL KESELAMATAN

CONTOH LAPORAN BIASA