SELAMAT HARI PEKERJA

Sejak dahulu, saya selalu mengatakan bahawa kita bekerja dan berusaha yang terbaik bukan untuk majikan, bos, atau siapa-siapa.

Walaupun pekerjaan tersebut bukan kepunyaan kita atau tugas yang tidak sesuai dengan "job scope" kita, kita tetap berusaha dengan sungguh-sungguh untuk kebaikkan diri sendiri.

Ini kerana, kita yang akan mendapat pengalaman, kenalan, dan pembelajaran dari pekerjaan yang kita lakukan itu. Yang terbaiknya ialah kita sebenarnya sedang membina masa depan kita dengan cara yang kita sendiri tanpa sedar. Bayangkan jika kita hanya membuat pekerjaan dengan cara yang biasa-biasa sahaja, masa depan kita juga hanya akan menjadi biasa-biasa sahaja.

Selamat Menyambut Hari Pekerja! Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana mempunyai pasukan yang menyokong dan sentiasa berada di belakang saya.😇

#selamathariburuh #sksb #haripekerja

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SOLAWAT

PERANAN UTAMA PENGAWAL KESELAMATAN

CONTOH LAPORAN BIASA