Sebab Berlaku Pecah Rumah
Sebab Berlaku Pecah Rumah -------------------------------- 1. Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong. 2. Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing. 3. Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar. 4. Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan. 5. Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya. Cara Pencegahan ------------------ * Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda. * Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan. * Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah. * Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak. *...