Catatan

EMPATHISE

Imej
Khas untuk penyelia... Keperluan K3K yang perlu dihayati Konsisten Kebersihan, Kualiti dan Khidmat “EMPATHY”. Mohon maaf  kerana tak dapat di Melayusasikan perkataan ini.  Empathy membawa erti, memahami keadaan atau situasi perasaan seperti duka atau suka, keadaan senang atau susah orang lain.  Ya... Semua orang ada perasaan dan perasaan itu munkin perlu diberi perhatian.. Ada kadang yang buat kita sentap bila cuba memahami org yang tidak memahami.  Empathy bukan saja ditujukan kepada orang lain tetapi ia dijadikan sebagai salah satu sistem pengurusan keselamatan.  Saya berikan 4 langkah yang asas dalam tanggani keaadaan mengikut sistem pengurusan secara empathy ini. Langkah 1: Sentiasa senyum(jangan senyum memanjang nanti orang lain ingatkan pengawal kita sewel) dan selalu ingatkan nama orang lain dengan rujuk nama mereka bila berhadapan dengan mereka. Sebutkan nama Penuh (cuba ingat setiap orang) Ini akan membuatkan orang itu senang did...

KEPENTINGAN PAPAN TANDA

Imej
Pengenalan Papan tanda bertujuan memberi panduan atau maklumat kepada pekerja dan orang luar. Penempatan sesuatu papan tanda mestilah mudah dilihat, mudah difahami, ringkas dan saiz huruf yang sesuai dan simbol yang jelas dan seragam. Setiap papan tanda mempunyai arahan dan tujuan tertentu dan dapat diklasifikasikan kepada beberapa bahagian iaitu papan tanda mandotari, papan tanda larangan, tanda amaran dan papan tanda maklumat. Terdapat beberapa jenis papan tanda yang digunakan namun penggunaannya bergantung kepada kesesuaian maklumat, jenis risiko atau arahan yang ingin disampaikan oleh pihak pengurusan. Papan tanda yang disediakan oleh unit operasi bertujuan untuk memudahkan pekerja dan orang luar secara tetap untuk memahami arahan atau maklumat penting yang ingin disampaikan. Penyeragaman papan tanda adalah salah satu kaedah pencegahan jenayah melalui reka bentuk semulajadi dan menunjukkan imej yang positif kepada unit operasi tersebut. Susunan yang seragam dapat mening...

Prosedur adalah mengenai hubungan dan kawalan.

Imej
Prosedur adalah mengenai hubungan dan kawalan.   Terangkan apa yang perlu berlaku dalam proses dan aliran kerja menggunakan petunjuk ini:   1.Siapa yang buat apa?   2.Bagaimana mereka melakukannya?   3.Langkah apa yang mereka ikuti?   4.Alat apa yang mereka gunakan?    5.Berapa kerap mereka melakukan langkah?   5.Apa hasilnya?   Elakkan Kekaburan, Jargon, dan Kesopanan: Pengguna boleh tersekat ketika mengikuti prosedur jika langkah-langkah kurang tepat atau jelas.   Berikut adalah beberapa contoh penulisan SOP:   Contoh Langkah Tertulis yang Buruk:  Apabila meronda pada waktu malam, anda perlu membawa lampu suluh untuk melihat dengan jelas.    Pastikan anda menggunakan lampu suluh yang telah dicas sebelum meronda.  Penambahbaikan pada Langkah Di Atas:  Rekod dalam diari Pergerakan mula, lokasi dan keadaan.   Gunakan Bahasa Berorientasikan Matlamat untuk Prosedur: Contohny...

RONDAAN

Imej
RONDAAN Apabila tugas rondaan dijalankan peraturan-peraturan dan tatacara berikut  hendaklah diikuti dan diawasi.  Rondaan hendaklah meliputi sekitar kawasan berpagar dan juga dalam blok-blok bangunan/kawasan. a) Memastikan kawasan Pejabat dan persekitaran selamat dari  sebarang bentuk pencerobohan (intrusion) dengan memastikan semua pintu pagar dan pintu masuk tertutup dan berkunci. Bagi kawasan bangunan pastikan  pintu dan tingkap berkunci dan dalam keadaan baik. b) Menutup lampu, paip air, kipas angin, pendingin udara atau sebarang alat  elektrik di mana penggunaannya tidak diperlukan. c) Memeriksa jika terdapat sebarang bunyi yang mencurigakan dan memeriksa  punca bunyi tersebut. Bunyi yang berkenaan mungkin menggambarkan  percubaan pecah masuk, bunyi peralatan dan jenterayang rosak atau sebarang  kemungkinan masalah penggunaan. d) Memeriksa jika terdapat sebarang kerosakan pintu. Jika didapati pintu terbuka  hendaklah diperik...

TANDA-TANDA UTAMA KETAGIHAN DADAH

Imej
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah:- 1.Kemerosotan kehadiran di sekolah atau di tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja. 2.Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya. 3.Mengelakkan diri dari tanggungjawab. 4.Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau yang dimiliki. 5.Hilang selera makan,kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu. 6. Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja. 7.Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah. 8.Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga. 9.Suka meminjam wang daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara-mara atau kaum keluarga. 10.Selalu mengunjungi tempa...

TIKUS

Imej
T I K U S Seorang Profesor melakukan percobaan di depan mahasiswanya. Seekor tikus jantan di masukkan ke kotak. Di dalam kotak ada tikus betina dan roti... Ternyata tikus jantan berlari ke roti... dan memakannya. Hari ke dua... Tikus di masukkan ke kotak lagi.., rotinya di ganti ikan goreng... Tikus jantan berlari ke ikan goreng... Hari ke tiga... Tikus di masukkan ke kotak lagi... Ikan grg diganti kacang... Tikus jantan tetap berlari ke kacang... Selama tiga hari ber- turut" tikus hanya berlari ke makanan, tanpa sedikitpun peduli kepada tikus betina... "Jadi saudara saudari mahasiswa semua, kita dapat mengambil kesimpulan dari percobaan tadi.  Bahwa daya tarik makanan bisa mengalahkan daya tarik wanita..." Namun seorang Mahasiswa bernama *Busro* angkat tangan... "Maaf Profesor, percobaan ini saya pikir kurang sempurna dan tidak valid.  Bagaimana kalau si tikus betinanya yg kita ganti...?" "Maksudmu gimana...?" tanya Professor. "Tikus...

KARMA CINTA

-SATU-   LANGIT pekat. Guruh berdentum. Kilat sabung menyabung. Tanah Pasir Besar yang gelap gelita sesekali terang bagai percik api. Para penghuni satu persatu memadam lampu gasoline menggantikan dengan pelita minyak tanah bersumbu kain buruk. Ada yang menarik gebar busuk. Terasa sejuk mencucuk tulang. Hujan lebat seperti akan mencurah melecak tanah yang sudah berminggu panas dan kontang.   Rumah no 728 seolah olah belum bersedia mengucapkan selamat malam. Lampu gasoline yang digantung di antara palang pembahagi ruang tamu dan dapur bergoyang ditiup angin melimpahi cahaya ke halaman.  Tiba tiba berlari dengan wajah cemas seorang gadis, keluar pintu. Kakinya terjelepok lalu tersungkur di anak tangga.   Belumpun sempat dia bangun, sebondong kain berisi pakaian menghempap kepalanya. Gumpalan rambutnya yang panjang, berjuraian ke bahu. Sambil terduduk, dia bangun mengutip sehelai demi sehelai pakaian yang jatuh. Dikutipnya pakaian yang terakhir, sehelai selendang biru p...